Mat Periuk Cafe : Cafe Hipster 'Wajib' Singgah di Ipoh



Entri kali ni nak cerita sikit pasal sebuah kafe menarik yang boleh anda lawati di Ipoh ; Mat Periuk Cafe. Pernah dengar tak? 

Kepada mereka yang berkesempatan, kafe ini boleh dijadikan salah satu tempat menarik di Ipoh untuk anda lawati. Beroperasi setiap hari bermula dari pukul 5 petang hingga 12 malam, kafe ini menyediakan pelbagai hidangan berkonsep ala barat dan tempatan. 

Banyak variasi makanan untuk anda pilih seperti spagheti, pasta, grill dan juga nasi goreng (bagi mereka yang berselera tempatan). Menu yang saya cadangkan anda cuba ialah Nasi Goreng Atok (pedas tak terkata).

Antara menu untuk santapan anda yang berminat datang ke kafe ini :
'Menu ala barat dan desert"

Nasi Goreng Atok

Jika anda berminat untuk pergi ke sini, anda disyorkan tiba sebelum pukul 6 petang atau buat tempahan awal kerana Mat Periuk Cafe ini selalunya penuh ketika waktu puncaknya (8-10 malam).

Lokasi Mat Periuk Cafe ni mungkin agak sukar jika anda baru pertama kali datang ke sini kerana kedudukan yang agak jauh sikit dari jalan utama Bandaraya Ipoh.

Jangan menyesal jika datang lewat ya.

Untuk menghiburkan para pelanggan yang datang ke Mat Periuk Cafe, persembahan "live band"/"busking" turut diadakan ketika anda sedang menjamu selera (budi bicara pengurusan Mat Periuk Kafe). Tak la bosan sangat ketika tengah makan nantikan?


Entri Lain Yang Menarik:
  • Chokodok Reggae House Cafe & Backpackers 
  • Thumbs Cafe : Luar Nampak Buruk Tapi Dalam Dia....FUHH!!!
  • Gomok Hipster Cafe : "Sharing is Caring, but I Want More"

Video Pembukaan Mat Periuk Cafe

Mereka yang berminat untuk melawat boleh rujuk maklumat di bawah :

MAT PERIUK CAFE

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (3pm-12am)

Facebook Page Rasmi : 

Alamat : 
Lot 22241, No.40 Hala Tasek Timur 11, Kampung Tersusun Tasek
Ipoh, Perak

No Tel: 017-572 5579





Latest
Previous
Next Post »